CORAT-CORET MAMA

Bila hati terdetik..Inginku ukir sesuatu...

Sabtu, 27 Jun 2009

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan



Persidangan Tahunan UMNO Cawangan R/Pangsa PKNS berjalan dengan lancar.Syabas dan Tahniah buat Saf Kepimpinan UMNO Cawangan dari 4 Peringkat.Walaupun tahun ini tiada pemilihan tapi semuanya berjalan dengan teratur seperti yang dirancang.Mungkin dari sudutnya nampak hambar sedikit tapi itulah semangat juang dalam memartabatkan sesebuah Parti.

Majlis Penutup oleh Ketua UMNO Bahagian yang baru Y.B Dato' Hj.Yahaya Bin Mat Ghani. Terima kasih juga pada pada En.Ramlan selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan juga wakil AJK Bahagian yang hadir pada malam itu.Pada malam selepas majlis selesai semua Ahli UMNO cawangan akan bertolak ke Pulau Perhentian,Kuala Terengganu. Ini merupakan trip tahunan UMNO cawangan dengan kerjasama Persatuan Penduduk PKNS Jln Kuching.


Apapun terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dan juga pada semua yang hadir.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama