CORAT-CORET MAMA

Bila hati terdetik..Inginku ukir sesuatu...

Rabu, 28 Ogos 2013

HARI RAYA DENGAN AHLI BARU




Tahun ni dapat gak pakai sedondon. Walaupun tak berkesempatan nak ambil gambar di studio. Tapi oklah.. Tema biru tekuis. Kami sekeluarga memohon ampun sekiranya ada salah dan silap kami. Halalkan segala makan dan minum..

Hari Raya tanpa Arwah Abah.. Al-Fatihah.. semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Ameen..

Label: ,

Rabu, 12 Jun 2013

Hadiah Hari Ibu

13 Mei 2013 jam 6.12 ptg aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.83kg. Alhamdulillah penantian akhirnya berakhir. Due patut 16 Mei sama tarikh lahir dgn Papa. Tapi terawal skit sbb ni la hadiah sempena hari ibu 12 Mei..
Permulaan yg sgt baik untuk teruskan penyusuan selepas 9 bln.
Mood : Semoga Allah SWT murahkan rezeki anak ini dan mempermudahkan segala urusan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Label:

Isnin, 31 Disember 2012

Kemaruk Berjalan

Ntah ape yang  pelik.. Sebelum ni kalau preggy confirm lunyai sebab 'morning sickness' tahap gaban. Sampai makan tak lalu langsung apatah lagi nak berjalan-jalan kat luar tu. Melepek tido jela.
Tapi yang kali ni lain macam skit 'demand'.. kemaruk nak berjalan bercuti selain jalan-jalan cari makan..

Tahun ni je 2x pergi Melaka.. Lokasi A Famosa Resort, Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Melaka River Cruise dan yang best Ikan Bakar Umbai..


 Ayer Keroh,Melaka


A Famosa Resort

Tak cukup tu.. Pergi sampai Janda Baik,Pahang.. Makan durian dan Manggis..

Al-Sakinah Eco Resort.


Balik dari tu. Malamnya berjalan ke I-city Shah Alam.. Penatnyer tapi best..hahaha..Pelik kan..

I-City Shah Alam

Mungkin pengalaman yang lepas lebih mendewasakan aku.. Hihihi.. Tak mau melepek2 time 'morning sickness' nanti melarat.. Baik buat exercise dengan berjalan-jalan cari makan..

Label: , ,

Jumaat, 28 Disember 2012

Mengidam Tahap Mengada


Sengkuang Calit


Ikan Terubok Masak Pencak (Masakan Jawa)


Pavlova (gara2 tgk Masterchef 2)



Durian Creepe (ini semua poyo) sbb rain google entri pasal mende ni


Macaroon, Blueberry cheese tart dan Mini Pavlova..


The Best Tahap Mengada..

Naan Cheese dgn Chilli Crab..

Rasanya pregnant kali ni asyik makan je keje aku.. sbb saya langsung x amik ubat supplement lepas 3 bln..
Kiranya nak dapatkan protein secara sehat la dari pemakanan harian.. (ini semua POYO)

Label: ,

Selasa, 6 November 2012

Rezeki 2013


Patut la badan rasa semacam.. Ingat pasal efek putus BF Arleesya. Rupanya nak dapat rezeki timang baby thn depan.. Alhamdulillah.. Syukur padaMu Ya Allah.. Due di jangka 16.5.2013 tarikh sama dgn besday Papa.. Tapi kita hanya merancang Allah SWT yg menentukan.. Semoga dipermudahkan segala urusan..
Haii.. Morning sickness ala2 tapi bab mengidam yg x tahan tu..

Label: ,

Khamis, 27 September 2012

Pemergian Arwah Abah

Syawal tahun ni adalah syawal yg sangat memberi 1001 ingatan sedih buat kami sekeluarga. 5 syawal (27 Sep 2012) yg lepas kami telah kehilangan seorang Ayah yg kami sayang.' Haji Abdullah Bin Daya'..
Ketika usia nya 82 tahun. Setahun Abah sakit tua. Langsung tak blh nak bangun berjalan.
Pemergian Abah di samping Isteri dan anak2 menantu di rumah sangat menyedihkan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pd jam 7.30 malam selepas Azan Maghrib pd Khamis malam jumaat.

Kami mendoakan semoga Rohnya tenang disana dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Amin..

Dengan Tulus Ingatan Kasih Sayang Kami pada arwah Abah Haji Abdullah Bin Daya
1931 - 2012

Label: , ,

Selasa, 5 Jun 2012

Biarkan.. 'Papan pun Papan la'..





Arleesya akan masuk 2 tahun Ogos ni. Selama tu jugak Mama dapat menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif buat Arleesya.



 Tapi 2 bln terakhir ni production susu agak merundum mungkin disebabkan faktor persekitaran membuatkan Mama selalu sakit kepala.. Rasa tak sabar nak dapat PHD penyusuan ni. Tapi jauh disudut hati Mama, risau camne kalau lepas 2 tahun Arleesya 'bercerai susu' Mama. Cukup ke zat dari susu tepung dan makanan yg di ambil untuk kuatkan antibodi dia. Sedangkan skrg Arleesya dah pandai pilih-pilih makanan..

Ikut sunnah nyusukan anak sehingga 2 tahun atau lebih sekiranya kita mampu..

Haii.. Dilema... Aku mampu tuk teruskan tapi kesiankan Arleesya sbb berat badannya kurang berbanding budak sebayanya. Sebab tu jugak bila org tgk Arleesya mesti tnye:

"eh. Bape umur anak ko ni?" bila aku jwb..

"la 1 thn 10 bln tpi kecik je.. Patut la mak dia pun halus cam 'PAPAN'.."

Ceh... Tak patut btul.. Aku bangga sbb dpt berikan zat secukupnya pd anak sendiri. 




Tak kisah lah nak labelkan Mama ni papan ke jerangkung ke.. Whatever la.. Cume 'Sadis' tgk ade setengah mommies br pas bersalin dah set kepala otak tu nak bg baby susu FM.. Dengan alasan susu x keluar la,x cukup la.. Sian nnti baby lapar.. Sian.. Mesti cetek ilmu tentang kebaikan susu ibu tu. Dah awak tu mind set pikir bukan2, maka Rezeki yg ada pun susah nk keluar la..

Ingat la mommies2.. Setiap anak yg lahir ni,ada rezekinya.. Sekiranya mommies akan smbung keje pas pantang,jadi manfaatkan masa berpantang bg baby susu ibu.. Dpt 40 hari pn jadi..

Saya nak share 1 cite sket.. On feb 2007 ada seorang baby lahir pramatang sama macam Qimie tapi baby tu seberat 450gm jer.. Duk kat NICU Hospital Selayang berbulan rasanya.. Si ibu dlm keadaan berpantang hari2 dtg jenguk baby dan hantar susu ibu walaupun hakikatnya baby tu 50% jer sbb bergantung pada mesin pernafasan.. Biasanya ibu yg melahirkan baby pramatang,  susu x keluar.. 



Tapi si ibu cekal pam hari2 wlaupun hasilnya kdg2 cuma dpt 1oz je.Ya Allah.. Itulah kuasa Allah SWT dan khasiatnya susu awal ibu itu.. Selepas 3minggu, Baby tu dah x guna mesin lagi.. Blh menyusu tapi masih guna tiub.. Skrg baby tu dh sebaya Abg qimie pun.. Sehat tanpa sebarang komplikasi..

Semua mommies. Renung2 kan lah.. Jangan lah berprasangka buruk tentang ibu yg menyusukan anak. Ada sesetengah mommies sanggup cuti tanpa gaji utk jayakan penyusuan ibu ni.

Bila memikirkan hal ni. Mama rasa sayang nak wean off Arleesya trus.. Tapi ni semua kerja Allah SWT. Kalau Ia masih mengizinkan Mama tuk teruskan. ALHAMDULILLAH.. Jika sebaliknya,Mama redha dan bersyukur dapat beri susu pd Arleesya selama ni..

Peace No War!



*buat encik Suami thanks sbb support Mama menjayakan Misi ni.. Thanks juga sanggup tahan telinge bila org mengata2 jelek ttg Mama.. Love YOU..Apapun Mama syg anak2 Mama jugak..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Label:

Selasa, 22 Mei 2012

Aksi si Comel 'ngempeng'






Bile time naik syok mesti Arleesya gentel telinga..


Arleesya Mysara si ngempeng Mama.. Cute tak?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Label: ,

Hijab oh Arleesya






Masa hari raya last year umur Arleesya setahun,Mama sibuk tempah baju kurung tuk Arleesya. Time tu ade la cuba2 bagi dia pakai.tudung. Tapi taknak langsung.


Sekarang bila selalu tgk Mama pakai tudung time nak kuar,dia pun sibuk mintak tudung nak pakai jugak. Bila dah pakai langsung xnak buka.. Heeee.. Nak lagi bila org puji 'canteknyer'... Kalau blh nak tido pun pakai..



Skrg ade masa dia nak pkai tudung bila kuar. Cuma Mama ni x bagi sbb time pkai gaun pakai tudung,cam pelik gayanya.. Hahaahha..

Arleesya oh Adik..

Sejuk mata Mama tgk bila adik pakai tudung.. Alhamdulillah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Label:

Isnin, 14 Mei 2012

Si ngempeng

Dah 21 bulan umur Arleesya Mysara. Dan selama tu dia still BF dgn Mama.. Adoii.. Memang bunyinya mcm rumit. Slalu kemane always jadi bahan sbb dah besar still BF. Bg Mama it's ok pe. Still ade rezeki susu ni,nyusu la selama mane nak.

Ingat Mama ade sorang ni sound.. " dah bsr anak tu bg je botol. Ssh nk wat keje nnti".

Dalam hati mama "kolotnye pemikiran makcik ni. Bukan ke susu ibu bagus.. Lgpun aku save perbelanjaan susu tepung dh beribu2 RM$ tau x?" lagipun saya x nyusahkn awak pun.. Saya selesa sbb kemana pegi dan ape saya buat anak dgn saya. Ni la Mind Set sesetengah ibu..

Biarlah Noxs.. Org tu jeles sbb dia xdpt nyusu bby dia coz awal2 lg dia ckp susu dia xde.. Ceh! Tu bkn alasan.. Aloooo.. Fizikal awak tu 3x lbih bsar dr saya. Ptutnya lebih dr cukup susu tu.. Ni la REZEKI namanye...

Kebaikan saya  menyusukan anak sehingga 2 tahun :

* 18 bln Cik P x dtg

*21 bln xyah beli susu tepung,botol susu

*x yah bgn tgh mlm bancuh susu

*anak saya pun manja serta bijak..


Hooyeeee.. Happy nyer.. Lagi 3 bulan je lg nk dpt PHD penyusuan susu ibu.. Jgn jeles!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Label: