CORAT-CORET MAMA

Bila hati terdetik..Inginku ukir sesuatu...

Khamis, 9 Julai 2009

KEPENATAN..???






* nie gambar dak notty yang kepenatan bermain seharian..tau-tau lelap je x kesah atas mane..Sian anak mama nie... Lepas insiden 6.07.09 tue mama kena lebih berjaga-jaga dengan ape objek yang Qimie main..Takut pape jadi..Dalam erti kata lain,den dah tak sanggup eh duk tido dalam wad lagi..sakit pinggang den nie..adei..!!

Label:

Rabu, 8 Julai 2009

Ape Haqimi dah buat nie..??



Insiden berlaku pada hari Isnin petang, time papa dah balik keje..Masa tu Qimie tengah sibuk main bullet pistol mainan ntah dari mana datangnya..Papa dah tegur jgn main then nak dijadikan cerita,bila kali kedua papa tanya Qimie dengan selamba menjawab "ball abang dlm hidung"..
Haaaaa..biar betol..Dengan pantas papa pun menyuluh lampu ke lubang hidung Qimie then nampak bullet tu memang dalam hidung..Aku dah mula menggaruk kepala dengan rasa marah + bimbang terus sound.Dah la jom bawak gi klinik..Sampai di klinik city,doktor tu cakap dia tak leh wat kes camni takut bleeding then doktor tu cadangkan bawak terus ke hospital...




Aku dan papa terus meluru ke Hospital Selayang coz hidung Qimie dah mula berdarah. Sampai hospital,kena menunggu gak la. Si Qimie ni takde effect pape pun. Dia cam biasa main berlari sana-sini..Hurmmm,bila doktor cek dia kata try untuk kuarkan bullet tu..Percubaan pertama,gagal sebab Qimie meronta-ronta menyebabkan hidung makin berdarah.Then doktor cadangkan bagi ubat tido untuk proses mengeluarkan bullet tu. Ya Allah kebal betul anak aku nie,tak tido-tido gak..Hampir 1 jam lebih gak la..Bila Qimie dh tido doktor try untuk cubaan kedua,tapi masih gagal sbb dia sedar dan meronta.Then doktor suruh kami bawanya ke bilik x-ray. Hasil x-ray bullet tu masih ade dalam hidung. Doktor suruh admit wad malam tu gak then dia kata nak wat minor operation sok pagi. Aduh!



Papa dah sign surat kebenaran. Then doktor suruh Qimie puasa start kul 2pg. Terpaksalah mama tido hospital..Wad 8C.

*muka Qimie sblum masuk Dewan Bedah




kul 8.30 pagi doktor paedatrik datang round then bgthu tggu green light dari doktor bius baru leh wat minor operation...Hmm...kul 12.30 tgh nurse datang then suh Qimie tukar baju stanby untuk gi operation room.


* papa dukung Qimie masuk Dewan Bedah

Oleh sebab papa yang sign surat kebenaran tu so papa la kena masuk dalam. Aku terpaksa tunggu di wad. Kul 2.30 ptg dapat msg dari papa anak dah kuar dari operation room tengah tunggu dia sedar dan doktor akan dtg cek.. Alhamdulillah, lega rasanya..


* ni la bullet yang berjaya doktor kuarkan dari hidung Qimie

Kul 3.45 ptg baru Qimie dapat kuar dari Dewan Bedah. Hmmm...tengok dia ok jer..Nurse suh bagi air masak dulu..Takut dia muntah..Yela dari smlm dah puasa..Dia pun bukan ade effect pape..tengok jap je dah aktif balik..Yahooo...Japgi dah bleh balik..Mama dah sakit pinggang duk sini..Nak muntah pun ade.Tunggu papa balik keje amik kitaorang.


*muka orang puasa

p/s: Qimie lain kali jangan masukkan pape dalam hidung @ telinga tau.. Paham?? Dengan muka selamba dia ngangguk pale je..Hmmm...Harap jadi pengajaran buat Qimie dan kami semua..

Label: